Pilih Bahasa :

QURBAN ITU MENDEKATKAN

Ibadah korban tahunan yang dilaksanakan adalah tanda kita mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub).

Amalan bersedekah daging korban kepada asnaf dan fakir yang memerlukan menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan.

Seperti Hadis Riwayat Al-Tirmidzi:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).”

Days
Hours
Minutes
Seconds

HARI RAYA AIDIL ADHA 1443H / TAHUN 2022

Pakej Qurban 2022M / 1443H

“…Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Hadis Riwayat Al-Tirmidzi

Qurban 20 Negara Luar

Serendah RM350/bahagian lembu atau seekor kambing.

Qurban
Palestin

Serendah RM790/bahagian lembu atau seekor kambing

Qurban
Malaysia

Serendah RM790/bahagian lembu.

NEGARA-NEGARA TERLIBAT

KELEBIHAN QURBAN BERSAMA GPM MALAYSIA

Berpengalaman

Selama 20 tahun sebagai pelaksana ibadah korban di lebih 20 negara yang memerlukan termasuklah di negara bergolak.

Mudah

Hanya 3 langkah mudah diperlukan untuk mendaftar pakej korban.

Dipercayai

Disertai dan dipercayai oleh lebih 10,000 peserta dalam dan luar negara.

Bukti

Setiap seorang peserta korban akan menerima gambar bukti penyembelihan haiwan korban masing-masing.

Global 21 Negara

Berupaya menjalankan ibadah korban di luar negara terutama sekali di negara yang mengalami krisis kemanusiaan seperti di Palestin, Afghanistan serta Yaman.

Murah

Dengan serendah RM350, anda sudah boleh melaksanakan ibadah korban.

DIPERCAYAI LEBIH 10,000 PESERTA

Qurban for the Needy anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah disertai lebih 10,000 peserta seluruh negara dan luar negara.

Testimoni Peserta

3 Langkah Mudah Pendaftaran

DAFTAR melalui qurbanfortheneedy.com. Isi maklumat lengkap peserta dan buat pembayaran.

1

SEMAK pengesahan penyertaan anda di alamat e-mel anda.

2

TERIMA panggilan daripada wakil GPM untuk pengesahan pendaftaran dan lafaz akad.

3

soalan lazim berkenaan qurban

Hukum menunaikan ibadah korban adalah sunnah muakkad.

Ada dua jenis ibadah korban iaitu korban sunat dan korban nazar.

Korban sunat adalah menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji.

Korban nazar adalah korban yang wajib dilaksanakan oleh seseorang yang bernazar untuk menyembelih korban.

Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam terutama sekali kepada yang mampu.

Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa hadis kepada mereka yang mampu tetapi tidak menunaikan ibadah korban, antaranya adalah;

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat (4) hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Boleh. Menurut Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, daging korban boleh dipindahkan ke negeri lain.

Juga dibolehkan bagi wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.

Cara yang afdhal untuk korban sunat adalah bagi seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya hanya untuk mengambil keberkatan.

Menyedekahkan keseluruhan daging korban merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri.

Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut adalah untuk beramal dengan sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Sunnah bagi yang ingin melaksanakan korban untuk tidak memotong kuku atau memotong rambut pada 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah.

FAQs Qurban For The Needy

Tidak, namun peserta boleh pilih mana-mana pakej yang diingini.

Betul, kami ada sediakan gambar korban di luar negara. Boleh rujuk di link ini: https://gpm.com.my/projects/qurban-for-the-needy/

Tidak boleh, tapi satu nama boleh dibuat untuk banyak bahagian korban.

Tiada had masa bagi Simpanan Qurban

Tujuan asal adalah untuk menggalakkan peserta menyimpan bagi tujuan korban, tetapi ianya boleh juga ditukar kepada sedekah umum.

3 bulan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sijil penyertaan korban dan gambar haiwan sembelihan korban akan dimuat naik dalam akaun peserta (atas talian) tiga minggu selepas Hari Raya Aidiladha (paling awal).