PENDAFTARAN BAGI IBADAH QURBAN 1442H KINI DIBUKA DAFTAR SEKARANG

HARI RAYA QURBAN :

Hari
Jam

Pilih Bahasa :

QURBAN FOR THE NEEDY

Qurban dan Aqiqah secara GLOBAL bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Qurban sambil membantu lebih daripada 20 buah negara yang memerlukan.

Serendah RM670 RM350

"DIPERCAYAI LEBIH 10,000 PESERTA"

Qurban for the Needy anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah disertai lebih 10,000 peserta seluruh negara dan luar negara.

Testimoni Peserta Qurban

“Qurban For The Needy by GPM ni adalah global, world wide punya program. GPM bantu palestinians, pelarian Syria di Turki, Lubnan dan banyak lagi tempat lain.”

Mizz Nina & Noh Hujan

Mizz Nina and Noh Hujan
”Semudah ABC melalui website yang tersedia. Sebelum hari Qurban, ada pegawai yang contact untuk double check on akad. Dapat e-sijil dan gambar Qurban.”

- Salman

"Sangat mudah mendaftar di website Qurban GPM. Saya juga dapat e-sijil dan gambar Qurban selepas selesai ibadah Qurban”

- Asril

“Saya suka menyertai qurban bersama GPM sebab saya dapat tengok sendiri haiwan qurban saya melalui pogram KEMBARA BACKPACKERS THAILAND.”

- Aisyah

”Saya rasa yakin membuat ibadah Qurban bersama GPM kerana ia merupakan satu badan kemanusiaan yang sudah 20 tahun berdaftar dan sangat dipercayai.”

- Hamizan

“Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan sistem yang disediakan oleh pihak GPM dalam melaksanakan ibadah qurban.”

- Aizuddin

Pakej-pakej yang ditawarkan

Berikut antara pakej yang ditawarkan untuk kempen Qurban for the Needy 2021. Bermula serendah RM350 anda kini boleh membantu lebih daripada 20 buah negara yang memerlukan. Klik butang Daftar Pakej Sekarang untuk sertai kempen Qurban for the Needy 2021.

Simpan Sampai Qurban!

GPM menawarkan khidmat SIMPANAN QURBAN secara bulanan kepada teman-teman dermawan yang berhajat untuk menyempurnakan ibadah qurban. Simpanan Qurban tersebut boleh digunakan untuk qurban tahun ini dan juga tahun-tahun akan datang.
Sila pilih pakej SIMPANAN QURBAN di bawah. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran untuk selesaikan proses simpanan.
Klik Untuk Besarkan

Kenapa Qurban bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia?

HADIAH EKSLUSIF untuk setiap penyertaan Simpanan Qurban.

Mug edisi Qurban For The Needy

Sasaran :

RM 550000

Kutipan 0.1%

Kutipan Sekarang :

RM 700

Bantu kami capai sasaran untuk kempen Qurban for the Needy ini sekarang.

Kempen ini akan berakhir dalam :

Days
Hours
Minutes
Seconds
Kempen Telah Tamat

Soal Jawab Qurban

Hukum menunaikan ibadah qurban adalah sunnah muakkad.

Qurban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji.

Qurban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih qurban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

Menyembelih haiwan qurban pada Hari Raya Qurban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah qurban, antara hadis tersebut ialah; Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berqurban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Waktu penyembelihan haiwan qurban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan qurban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging qurban dipindahkan ke negeri lain.
Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan qurban dan menyembelihkannya di negeri itu.

Cara yang afdhal untuk qurban sunat ialah, seseorang yang melakukan qurban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging qurban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil keberkatan. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Ianya bukan haram kepada yang melakukannya, tapi sunnah untuk tidak melakukannya pada tanggal 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah

FAQs Qurban For The Needy

Tak boleh, hanya boleh pilih pakej.

Betul, bahkan turut dibuat dalam negara Malaysia. Boleh tekan link yang tertera sebagai rujukan.

Tak boleh, tapi satu nama boleh buat untuk banyak bahagian qurban.

Tak boleh, melainkan arwah ada buat wasiat.

Tujuan asal adalah untuk menggalakkan peserta meyimpan bagi tujuan qurban, tetapi ianya boleh juga ditukar kepada sedekah umum.

3 bulan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sijil penyertaan qurban dan gambar haiwan sembelihan qurban akan dimuat naik dalam akaun peserta paling awal sebulan selepas Hari Raya Aidiladha secara dalam talian.

Tentang Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Global Peace Mission (GPM) Malaysia adalah Yayasan Amanah yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Ia ditubuhkan pada 26 September 2001 sebagai gerakan yang memprotes pengisytiharan perang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Afghanistan setelah peristiwa 11 September 2001. Ketika Afghanistan diserang pada awal Oktober tahun yang sama, GPM telah menggerakkan kemanusiaan dan misi bantuan perubatan untuk menolong mangsa perang.

Rakan Kerjasama

Borang Pendaftaran Pakej Qurban For The Needy

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kemi di talian di bawah.